SSekarang baru aku tahu ape itu maksud SEMAK!
Semak tercipta kalau di paksa!
Setiap perkataan menimbulkan persoalan?
Sangsi dengan ape yang di dengar!
E
Engkau datang dan pergi,
Enak kemudian engkau berlari,
Enggan mengungkit niat di hati,
Elin di sini menunggu mati.
M
Melihat dia menjadi tidak karuan,
Mukaku bertukar seakan akan tidak hairan,
Mulanya aku tidak ade perasaan,
Menular ke arah di luar jangkaan.
A
Aihhhh!
Aduuuhhhh!
Arggghhhh!
Aku fed-up!
K
Kala dulu aku menantimu,
Kataku kaulah temanku,
Kali ini berbeza gerakku,
Kasihan pula yang berlaku.
P
Pusing dengan karenah merajuk!
Pening dek rayuan gombal!
Penat akibat terus melayan!
Perasaan yang berdolak dalih!
E
Endahkan saja semua,
Emas pun yang di kota,
Embun juga yang ku percaya,
Elok hendak nya kalau engkau tiada.
N
Naik turun sudah peratus,
Neraca dulu tidak serakus,
Nasib sudah menjadi tidak sebagus,
Nampak di luar tidak kau tembus.
I
Ibarat minyak yang di tatang,
Ikan yang dikeluarkan tulang,
Indah dulu kian hilang,
Ikatan lama kini renggang.
N
Nyawa ada tapi nafas pula semput,
Nak ku tegur aku pula takut,
Niat ku sudah tersangkut,
Nasihat orang lain akan ku ikut.
G
Gilaku kini berlari arah,
Gigiku tersenyum kerana berubah,
Girangku bertukar sudah,
Gading cintaku makin gundah.
No comments:
Post a Comment